Mohon klik iklan 1X yer

12 August 2012

Saifuddin menyanggah Fatwa Tok Guru

saifuddin abdullah evidence act forum 2Tidak perlu mengisytiharkan haram kepada umat Islam untuk menyokong DAP kerana ia hanya berkaitan perbezaan pandangan dalam politik, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah.

Bercakap kepada pemberita hari ini, anggota parlimen Temerloh itu juga berkata, jika tidak bersetuju dengan pandangan parti lain, mereka sentiasa boleh menyangkal atau mengetengahkan ideanya sendiri.
Utusan Malaysia pada 8 Ogos melaporkan di muka depan, seorang guru pondok berpendapat  haram bagi umat Islam menyokong DAP.

Pengasas pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah dilaporkan berkata, ini kerana DAP secara terang menentang negara Islam dan pelaksanaan hudud.

Beliau bagaimanapun menyifatkan MCA yang lantang menentang hukum itu "bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya."
-Harakahdaily

2 comments:

  1. sepatut nya berfikiran terbuka macam ni,kita bolih dan dibenarkan berbeza pendapat tapi tak lah sampai menghukum orang dibantu olih akhbar tahap jamban penyebar fitnah satu malaysia!!!!

    ReplyDelete

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.