Oleh:Hassan Tawang |
Setiap tahun apabila menjelang musim perayaan, antara perkara yang
sering menjadi tumpuan ialah harga barang kawalan. Kerajaan melalui
agensi di bawahnya akan turun padang memantau harga-harga barangan
kawalan agar tidak melebih had yang ditetapkan.
Namun, sering kali dilihat, para peruncit sahaja yang menjadi sasaran pihak berkuasa. Premis perniagaan mereka sentiasa menerima kunjungan mengejut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Sama ada tindakan itu berdasarkan laporan orang ramai ataupun rutin tugasan biasa.

Mengikut fahaman saya, barangan ini tidak
mendatangkan keuntungan yang banyak kepada peruncit. Hal ini kerana,
mereka menerima barangan ini daripada pemborong, pengedar, atau
pengilang pada harga yang agak mahal. Mungkin kadangkala, margin
keuntungan jualan tersebut tidak dapat menampung kos keseluruhan
barangan tersebut.
Oleh itu, saya menyeru kepada kerajaan agar bukan sahaja peruncit yang perlu dipantau, malah para pemborong, pengedar dan pengilang juga perlu mematuhi harga kawalan yang ditetapkan. Di samping itu, kerajaan juga wajar memastikan barangan yang ada kaitan dengan industri ini dipantau harganya. Contohnya, harga jagung perlu dikawal kerana ada kaitannya dengan industri ternakan ayam. Jika harga jagung naik, maka harga ayam mungkin naik.
Dalam hal ini, kerajaan perlu berlaku adil kepada semua pihak sama ada peruncit, pemborong, pengedar, pengilang dan sebagainya. Janganlah hanya mengejar peruncit sahaja kerana keuntungan mereka tidaklah setinggi mana jika dibandingkan dengan pihak lain.

No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.