Rakyat negara ini sekarang bernasib baik dengan kemunculan media
alternatif internet kerana berjaya menggagalkan propaganda Umno BN
melalui televisyen seperti mahu dilakukan kepada perhimpunan Bersih 3.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, pada satu ketika
propaganda peristiwa Memali yang membabitkan pembunuhan Ustaz Ibrahim
Libya dan 18 yang lain telah menyebabkan PAS kalah teruk dalam pilihan
raya umum (PRU).
“Bila berlaku Bersih 3 dibuat modus operandi seperti mereka
propagandakan tragedi Memali. Kita tahu masa itu Menteri Penerangan Rais
Yatim, dia perguna RTM untuk beritahu Ibrahim Libya menganut ajaran
sesat, kebal dan sebagainya.
“Propaganda dibuat termasuk menyiarkan drama cerita Guru Yahya yang
sesat dan disamakan dengan ajaran Ibrahim Libya. Apabila Umno guna
melalui RTM sangat hebat tiap-tiap malam hinggakan PRU selepas itu kita
hanya menang satu kerusi parlimen di Pengkalan Chepa.
“Bersih 3 macam itulah juga Rais Yatim nak buat, ditunjukkan perusuh
himpunan mengganas termasuk peserta himpunan menterbalikkan kereta polis
tapi tak cerita kereta polis sebelum itu langgar empat orang. Bila
anak-anak muda tengok Youtube tiada siapa lagi yang percayakan RTM,” katanya.
Tambah Mohamad, itulah nasib Rais yang masih main lagu lama pada
tahun 2012 sehingga klip rakaman video polis yang dijanjikan terus tidak
disiar setelah sedar peranan media baru.
Mohamad berkata demikian ketika berceramah di Rantau Perintis dekat
sini, semalam. Turut berceramah Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Abdul
Halim.
Sebelum itu beliau merasmikan pejabat baru PAS Kawasan Kuala Krau.
-Harakahdaily
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.