Para peneroka yang membantah penyenaraian saham Felda Global Venture
Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia sekali lagi menjadi sasaran cacian
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Jika pada satu ketika dulu Najib memaki hamun peneroka-peneroka
tersebut sebagai haramjadah, dalam lawatannya ke Felda Chini hari ini
beliau menyifatkan peneroka tersebut mereka sebagai 'muka tak malu'
kerana mengambil durian runtuh hasil penyenaraian itu.
Ahli Parlimen Pekan itu turut mengcop peneroka-peneroka berkenaan
sebagai pengkhianat kerana cuba menghalang niat kerajaan yang mahu
mentransformasi serta memartabatkan peneroka Felda di peringkat global.
"Mereka cuba mengkhianati hasrat kita untuk membela masyarakat Felda.
Cuba halang tapi bila kita hulur, dia tidak malu-malu menerpa ke
hadapan untuk terima durian runtuh, ini termasuklah yang membuat
injunksi, tak malu dan tak tersipu-sipu datang ambil," laungnya dalam
nada menyindir.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Mini MAHA
Pekan 2012 di hadapan kira-kira 10,000 peneroka di Dataran Shahbandar,
Bandar Dara, Chini semalam.
Umum mengetahui, di sebalik penyenaraian tersebut bukan peneroka yang
hanya diberikan 800 unit saham yang untung, tetapi Pengerusi Felda yang
sedang hebat dipertikaikan yang mengaut durian runtuh sebenar iaitu Tan
Sri Isa Samad, yang dianugerahkan sebanyak 180,000 unit saham.
Begitu jugalah dengan Pengerusi FGVH Datuk Sabri Ahmad. Barangkali
Najib tidak sedar, peneroka-peneroka Umno juga turut mempersoalkan
kenapa mereka diberi jumlah saham yang sangat kecil sehingga tidak padan
untuk menjadi kaya raya sebagaimana diisytiharkan.
Sudahlah hanya diperuntukan tidak sampai satu lot (1,000 unit) saham
bagi membolehkan mereka berjual beli, peneroka dipaksa pula berhutang
dengan mengisi borang pinjaman yang tidak tahu berapa jumlahnya yang
sebenar.
Sebaliknya Najib dengan bangganya pada majlis tersebut menguar-uarkan bahawa transformasi sedang dan akan terus berlaku kepada komuniti Felda dengan penyenaraian FGVH di Bursa Saham baru-baru ini.
"Siapa dapat bayangkan FGVH apabila disenaraikan mencatat sejarah dunia, bukan di Chini kerana kini ia menjadi tawaran awam permulan (IPO) yang kedua terbesar di dunia selepas saham Facebook," katanya.
Najib bercakap besar dengan penyenaraian tersebut namun pada
hakikatnya terpaksa menyandarkan ratusan ribu ekar Tanah Rizab Melayu
yang dipajak oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada FGVH. Jadi tidak boleh
dipersalahkan kepada peneroka jika mereka menentang kerana apabila
tanah-tanah milik Melayu tersebut diniagakan di pasaran saham, bermakna
sesiapa sahaja boleh membelinya termasuk pemain-pemain saham luar.
Itupun, nasib baiklah FGVH gagal mengheret Koperasi Permodalan Felda (KPF) setelah dilakukan oleh injunksi oleh peneroka.
Sayugia diingat peneroka telah membangunkan tanah Felda daripada
hutan belantara sejak setengah abad yang lalu dengan titisan keringat,
darah dan air mata maka sudah tentu mereka tidak ingin hak mereka
tergadai di depan mata.
Sebagai mana diketahui, tidak ada yang percuma bagi peneroka yang
memasuki tanah rancangan. Baik tanah ladang mahupun rumah, baja dan
racun, jalan ladang, pinjaman sara hidup hinggalah kepada kereta tolak
dan sarung tangan, semuanya dikira hutang, dicaj dan dipotong melalui
hasil yang dihantar ke kilang.
Mungkin ada pemimpin Umno yang mengungkit, jika tanpa tanah Felda
112,000 peneroka seluruh negara tidak bertanah. Namun semua itu didapati
bukannya secara percuma. Malah hasil penat jerih komuniti tersebutlah
Felda muncul menjadi estet terbesar di dunia dan mengaut hasil kedua
terbesar untuk negara selepas Petronas.
Kenapa tidak mahu langsung mengiktiraf peranan peneroka?
Sebab itu apabila Najib mengumumkan pemberian durian runtuh kepada
isteri peneroka berjumlah RM5,000 seorang yang akan dibayar mulai esok,
ia sebenarnya bukan duit poket pemimpin negara malah duit peneroka juga.
Bagi peneroka yang rata-rata berusia 50 tahun ke atas, jika
benar-benar Felda mahu mengangkat martabat mereka sudah cukup
dikembalikan wang kadar perahan gred (KPG) yang ditipu sejak tidak
kurang 15 tahun yang lalu. Ini dibuktikan dengan saman peneroka seluruh
negara terhadap Felda. Jumlahnya difahamkan menjangkau puluhan ribu
ringgit seorang.
Peneroka juga tidak dikembalikan wang tabung tanam semula (TTS) yang
dipotong sejak hampir 30 tahun yang jumlahnya tidak kurang daripada
RM17,000 seorang. Malahan banyak lagi Felda ‘terhutang’ kepada peneroka.
Justeru jika benar-benar pemimpin negara mahu melihat martabat
peneroka terangkat, generasi kedua dan ketiga Felda juga tidak boleh
diabaikan. Bayangkan, masih ada warga Felda yang tinggal bersama
sehingga tiga generasi dalam sebuah rumah.
Masalah sosial di kalangan warga Felda juga amat digeruni pada masa
ini. Bayangkan, tidak ada satu tanah rancangan pun yang tidak dijangkiti
masalah dadah. Semua orang tahu anak-anak peneroka yang berjaya berada
di luar Felda maka tinggallah yang kurang bernasib baik di situ.
Kenapa Najib bercakap tentang kekayaan saham Felda di pentas dunia sedangkan nasib warga Felda tidak dibela sewajarnya?
Sebab itu tawaran Pakatan Rakyat dilihat lebih relevan iaitu tanah
Felda Plantation (yang sudah dipajak 99 tahun kepada FGVH) akan
diagihkan kepada generasi kedua Felda yang layak. Kerana pelaburan
melalui pemilikan tanah adalah lebih menguntungkan daripada main saham
kerana hasilnya boleh dimakan hingga ke anak cucu!
http://anakjatikampunghulu.blogspot.com/2012/07/kerajaan-sekarang-penyumbang kepada kes pembuangan bayi?
ReplyDeletesalam...saya nak tanya sikit ni.kenapa pautan blog saya di blog saya tidak auto update? saya tengok masih menggunakan tajuk yang sama,boleh tolong ajar kan saya?
ReplyDeletesalam...saya nak tanya sikit ni.kenapa pautan blog saya di blog saudara tidak auto update? saya tengok masih menggunakan tajuk yang sama,boleh tolong ajar kan saya?
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletenampaknya istilah 'durian runtuh' telah di salah guna oleh SI penanam benih benih kata kesat atau nama saitifiknya HJBN2012,Kesannya makian haram jadah telah kembali popular dan menjadi ikutan. Pendapat saya Berkaitan BROOM ( bunyi macam penyapu ? atau bdak main motor motor, brom! broom! brom! broom!) ianya seperti Hak yang tidak di minta kebanyakkan tetapi terpaksa di ambil, kalau bahasa budak sekolah, nak tak nak kena ambil. Maaf kalau saya silap. :)