Kerajaan memutuskan untuk menggantikan logo sambutan Hari Kemerdekaan
ke-55 yang menampilkan kempen "Janji Ditepati" selepas menghadapi
kritikan pelbagai pihak sejak seminggu lalu.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan bahawa langkah itu untuk "membendung salah faham".
"Untuk membendung sedikit salah faham kami (akan) hanya (menampilkan) 1Malaysia sebagai logo Merdeka (dan) Hari Malaysia," kata Rais di laman Twitter.

Rais
membuat pengumuman itu susulan kenyataan presiden Persatuan Reka Grafik
Malaysia Zachary Ong bahawa beliau antara lainnya "terkejut" dengan
kelemahan kreativiti, kemahiran dan rasional yang ditonjollkan melalui
logo berkenaan.
Warga pengguna Internet juga menentang penggunaan
logo tersebut, termasuk pemimpin DAP Lim Kit Siang yang berkata perkara
itu menyebabkan Malaysia menjadi "bahan jenaka".
-Malaysiakini
Assalam.
ReplyDeleteOwh dh tukar eh. Alhamdulillah :)
Yg lama terserlah unsur politik.
Yg ni baru cantik molek. Hihi.
Apa-apa pun blog ni smart la. I like.