Felda sekali lagi akan berhadapan dengan saman daripada peneroka di
atas kecuaian agensi berkenaan menguruskan kepentingan peneroka dengan
baik.
Pengerusi Jawatan Bertindak Peneroka Felda Keratong 8, Jaludian Mat Hussain 52, (gambar) berkata, pihaknya telah mengesan kesalahan Felda membuat pemotongan berebihan wang Tabung Tanam Semula (TTS).
Katanya, agensi berkenaan telah terlebih potong wang peneroka bagi
TTS dan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Felda
setelah segala usaha untuk berunding tidak dilayan.
“Kami telah mengutus surat kepada Felda tetapi tidak mendapat layanan,” katanya.
Jelas Jaludian, Felda telah melakukan kesilapan apabila membuat potongan bagi TTS melebihi tempoh sepatutnya.
Difahamkan, Felda telah membuat potongan sebanyak RM40 sebulan selama
20 tahun bagi seorang peneroka namun angesi berkenaan didapati
meneruskan potongan walaupun tempoh telah tamat.
Peneroka meminta wang berkenaan dikembalikan kepada peneroka dengan segera.
Jaludian berkata, pihaknya kini telah mendapatkan nasihat dari peguam dan akan memfailkan saman dalam masa terdekat ini.
Menurut Jaludian, peneroka sebenarnya tidak berminat untuk menyaman
Felda namun tindakan agensi berkenaan yang enggan berunding dan
mengembalikan wang lebihan itu memaksa peneroka mendapatkan keadilan di
mahkamah.
Sebelum ini peneroka turut menyaman agensi berkenaan dalam isu Kadar
Perahan Gred (KPG) dan wang TTS yang gagal dipulangkan Felda kepada
peneroka yang mengusahakan tanaman semula secara persendirian.
Jaludian menasihatkan peneroka di seluruh negara supaya membuat semakan bagi memastikan tiada potongan berlebihan untuk TTS.
Ini kerana apabila wang berkenaan sudah masuk keakauan Felda ia sukar
untuk dipulangkan kepada peneroka seperti yang berlaku kepada wang TTS
dimana sehingga ini masih ada peneroka yang menanam sendiri belum
menerima wang mereka.
Katanya keadaan mungkin menjadi lebih sukar apabila Felda kini dikuasai oleh pihak lain yang tidak tahu asal usul Felda
-harakahdaily
beres boss
ReplyDelete