Pemberian nombor pendafaran percuma WWW15 yang menjadi rebutan pembida kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai boleh merosakkan sistem bidaan 'tender terbuka' Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kata PKR.
Perkembangan terbaru ini akan menyebabkan masyarakat awam hilang kepercayaan kepada sistem tender terbuka JPJ," dakwa pengerusi biro perdagangan dan pelaburan PKR Wong Chen.
Perkembangan terbaru ini akan menyebabkan masyarakat awam hilang kepercayaan kepada sistem tender terbuka JPJ," dakwa pengerusi biro perdagangan dan pelaburan PKR Wong Chen.
"Bagaimanakah JPJ akan terangkan kepada pemohon lain yang telah melalui sistem tender terbuka yang berjaya, termasuk Sultan Johor, kenapa mereka perlu membayar harga sepenuhnya?
"Macam mana rakyat boleh percaya lagi kepada sistem tender terbuka JPJ," soalnya Wong Chen lagi.
Sehari selepas menjadi sasaran soalan pemberita, Liow semalam berkata tidak membayar satu sen pun untuk mendapatkan nombor tersebut.
Dalam tweetnya, Liow berkata telah dimaklumkan oleh JPJ bahawa beliau tidak perlu membayar harga bidaannya kerana nombor itu "percuma".
Bagaimanapun, ini bercanggah dengan laporan akhbar China Press pada hari sama, yang memetik jurucakap JPJ Wilayah Persekutuan sebagai berkata setiap orang yang membida nombor plat, perlu membayar untuk mendapatkannya.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.