Mohon klik iklan 1X yer

6 June 2012

Dari pilihanraya pertama kami amalkan politik budiman.

Pakatan Rakyat (PR) menegaskan pihaknya komited untuk mengamalkan politik budiman dalam usaha mengambil alih pemerintahan negara secara berhemah.

Pemimpin-pemimpin kanannya yang dihubungi juga menekankan pendirian sekali-kali tidak akan mempengaruhi rakyat untuk bangkit memberontak atau bertindak ganas jika terpaksa berhadapan dengan kekalahan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, sejarah telah membuktikan bahawa parti itu tidak pernah mencetuskan huru-hara sekalipun kalah dalam kesemua pilihan raya umum sejak lima dekad lalu.
"Kita sudah buktikan sejak 1955 lagi, sejak mula Pas sertai pilihan raya umum. Walaupun berkali-kali gagal, kita tak pernah berontak, kita terima kekalahan dengan terbuka," katanya.

Salahuddin berkata, meskipun timbul beberapa isu Pas tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya, namun parti itu sentiasa menunjukkan komitmen dan penerimaan yang baik terhadap proses demokrasi.

Beliau memberi reaksi demikian terhadap laporan 'Amanat Baru Hadi' pada muka depan akhbar ini semalam yang menyiarkan pesanan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kesemua rakyat negara ini perlu mengamalkan politik bersopan santun dalam menaik dan menurunkan pemimpin, bukan dengan cara yang memalukan mereka.

Kenyataan itu menyusul selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam entri blognya bulan lalu mengaitkan kemungkinan pembangkang akan terfikir bahawa tindakan menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi akan membantu mereka mencapai cita-cita untuk berkuasa, jika tewas dalam pilihan raya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyatakan kesediaan BN untuk menghadapi kecaman pembangkang jika mereka tewas pada PRU13 dan turun ke jalanan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik.

Mengulas kenyataan itu, Salahuddin berkata, itu adalah bayangan kerisauan Timbalan Perdana Menteri terhadap peningkatan sokongan kepada pembangkang.

"Kami tidak pernah ada usaha ke arah itu tetapi BN yang sering memulakan provokasi. Ini jelas menunjukkan kerisauan mereka," katanya.

Naib Presiden PKR, Tian Chua yang masih menghadapi pendakwaan di mahkamah berhubung pembabitannya dalam Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 berkata, tidak timbul isu pembangkang akan mengadakan demonstrasi ganas jika kalah PRU13 seperti yang didakwa BN.

"Mereka yang selalunya menghasut dengan kenyataan-kenyataan ekstrem seperti berjuang hingga titisan darah terakhir, hidup mati BN dan sebagainya. Kenyataan seperti itu helas menunjukkan perjuangan yang akan mereka bawa pada PRU13 nanti," katanya.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.