Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar dianggap terlajak mengampu sehingga
sanggup mendakwa Kelantan mundur 40 tahun kerana ditadbir kerajaan PAS.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia itu
tidak berfikir secara matang setaraf dengan gelaran yang dimiliknya.
“Barangkali beliau hanya membaca akhbar-akhbar pro Umno tanpa cuba
menyelidiki fakta sebenar. Seharusnya seseorang bergelar profesor
mendalami sesuatu fakta sebelum berhujah.
“Kami sangsi bagaimana gelaran prosefor boleh diperolehi kalau
sedemikianlah pemikirannya. Bukankah boleh memalukan ahli akademik
lain,” katanya di sini.
Pada kenyataan akhbarnya 18 Jun lalu Dr Kamaruddin yang dilihat ramai
taksud Umno mendakwa rakyat Kelantan rugi berada di bawah kerajaan PAS
dan menganggap mundur 40 tahun.
Fadhli yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar berkata, apa yang
tidak ada di Kelantan sekarang hanya kedai nombor ekor dan rumah urut,
sedangkan aspek lain setanding negeri diterajui BN.
“Saya ingin mengajak profesor meneliti web Unit Perancang Ekonomi
Jabatan Perdana Menteri. Lihat Jadual 6 yang mengandungi fakta Insiden
Kemiskinan Mengikut Etnik, Strata dan Negeri, Malaysia, 1970-2009.
“Indeks kemiskinan di Kelantan ialah 4.8 berbanding Perlis mencatat
lebih tinggi iaitu 6.0, Kedah (5.3), Sarawak (5.3) dan Sabah (19.2),”
ujarnya.
Atau profesor boleh meninjau Jadual 7 yang mengandungi indeks
kemiskinan tegar yang mencatat indeks Kelantan sebanyak 1.0 berbanding
Sabah (4.7).
Menurutnya profesor terbabit mungkin lupa tanggungjawab membina lebuh raya adalah di bawah kerajaan pusat.
Katanya, tidak ada mana-mana kerajaan negeri di Malaysia membina
sendiri lebuhraya tanpa bantuan kerajaan pusat, kecuali di Kelantan
seperti apa yang sedang diusahakan sekarang.
Projek lebuhraya Kota Bharu-Gua Musang dijanjikan kerajaan BN sejak
Rancangan Malaysia Ke-6 pada 1986 dan sehingga kini belum menjadi
kenyataan.
“Kenapa profesor tidak menyalahkan kerajaan pusat kerana gagal
melaksanakan projek tersebut. Atau mungkin profesor berhujah pula ramai
rakyat Kelantan berhijrah.
“Sedangkan fakta dalam Pelan Induk WIlayah Ekonomi Pantai Timur yang
dikeluarkan pada Oktober 2007 mencatat pada 2003, penghijrahan masuk ke
Kelantan seramai 24,460 orang berbanding penghijrahan keluar 21,950
orang,” tambahnya.
Oleh itu katanya beliau bimbang Dr Kamaruddin Kachar dianggap pula seorang profesor yang layak menjadi pelakon lawak jenaka.
INILAH BAGHAL MENYERUPAI MANUSIA ! ABU!
ReplyDelete