Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Dr Ali Hamsa, 57, (gambar)
yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru
berkuatkuasa 24 Jun ini bagi menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang
akan tamat tempoh kontrak perkhidmatan pada 23 Jun 2012.
Justeru, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga
mengingatkan kepada Ali bahawa amanah perlantikan itu adalah satu
pertanggungjawaban yang amat berat yang akan dipersoalkan di hadapan
Allah Taala di akhirat nanti.
Beliau berkata, pihaknya juga mengharapkan semoga Ali akan dapat
membina imej baru penjawat awam yang lebih baik berbanding imej sebelum
ini yang dilihat sebagai ‘kotor’ kerana disebabkan politik ‘kongkong,
ugut dan ancam’ puak-puak Umno dan Barisan Nasional.
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.