Mohon klik iklan 1X yer

6 June 2012

Percayalah! Najib Seorang Reformis Hebat

Senator Amerika Syarikat John McCain berkata beliau mengadakan perjumpaan "yang mengesankan" dengan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila melawat Malaysia minggu lepas dan menyifatkan Perdana Menteri sebagai seorang "reformis yang hebat".

"Saya mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Najib di Malaysia - seorang reformis hebat yang meningkatkan hubungan Amerika-Malaysia," tulis McCain dalam mesej tweeternya.


Senator McCain dan Senator Joseph Lieberman melawat Malaysia pada 30 Mei atas jemputan Kelab Perniagaan Kuala Lumpur bagi menghadiri Persidangan Invest Malaysia 2012, yang dilancarkan Najib.


Semasa di sini, beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Najib dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman selain berjumpa dengan pemimpin masyarakat perniagaan dan awam dan juga wakil parti-parti pembangkang bagi membincangkan pelbagai isu.

Kedua-dua senator itu berkata mereka tertarik dengan kemajuan Malaysia terutama dalam bidang keusahawanan dan amalan perdagangan bebas.


"Kami amat tertarik dengan keusahawanan, sistem harga bebas di sini dan proses ekonomi yang kami telah perhatikan dan kami amat bangga kerana berpeluang berada di sini," McCain memberi persidangan akhbar bersama dengan Lieberman.


-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.