Datuk Seri Anwar Ibrahim patut mempamerkan kepimpinan tanpa menggunakan
kekerasan, termasuk demonstrasi bagi mengambil alih pemerintahan dalam pilihan
raya umum akan datang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk
Seri Rais Yatim.
"Ini harus dihentikan, dan saya faham DSAI (Anwar) bukan seorang yang
begitu taksub dengan kuasa keras.
"Jadi beliau harus tunjukkan kepimpinan beliau. Gentleman's game is
the order of the day," kata Rais.
Beliau mengulas pandangan Dr Mahathir Mohamad pada 25 Mei bahawa Pakatan Rakyat akan menganjurkan demonstrasi ganas tanpa henti untuk menolak keputusan pilihan raya jika tewas.
Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Rais berkata, kalaupun
tindakan itu diambil, ia tidak bertahan lama berbanding "kewarasan dan
bijaksana mengguna idea tanpa mengugut menggunakan kekerasan".
Lagipun, tambahnya, kerajaan sudah membuat pelbagai pindaan dan
memperkenalkan undang-undang baru yang lebih baik.
"Dan kalau mereka terus menyatakan bahawa senarai daftar pemilih kotor
dan tidak adil, bagaimana Pulau Pinang boleh menang, bagaimana Kelantan menang,
Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, kalau senarai atau sistem memilih kita
tidak baik?
"Tentu sekali baik, tinggal lagi mereka tak mahu mengakui kebaikan ini
oleh kerana mereka ada cara keras untuk menuntut kuasa dan pengaruh.
You pikir DSAI dan PR bukan gentleman ka? Kalau bukan gentleman, dah lama diarahnya kami para penyokong merusuh. Dah nak masuk 13 kali PRU, kami tak merusuh pun. Tapi tak tau lak kalau nanti after PRU 13 ni, UM NgOk nak buat amuk. Maklumlah...tak pernah kalah lagie.
ReplyDeletePi jalanlah dgn nak nasihat kami utk jadi gentleman.
Haram Jadah. Phuui. Pergi buat latihan Tarian Pungkok la!