Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata 
Perancis-Malaysia mendakwa telah menemui bukti bahawa menteri pertahanan
 ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta AS$1 bilion (RM3 
bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat 
pembuat kapal Perancis DCN.
Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram hari ini, satu
 faks menunjukkan bahawa Najib didakwa telah diminta jumlah tersebut 
untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan 
beliau pada 14 Julai 2001.
Faks yang bertarikh 1 Jun 2001 adalah dari Francois Dupont, wakil Malaysia untuk syarikat swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud.
Dokumen itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas oleh polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang pegawai Thales.
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.