The New Straits Times telah memohon maaf kepada senator
Australia Nicholas Xenophon berhubung satu laporan yang mendakwa beliau
membuat ucapan anti-Islam di Parlimen Australia pada tahun 2009.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di lamanweb NST hari ini, akhbar berkenaan berkata ia telah membuat "kesilapan besar" dalam menyiarkan kenyataan dalam artikel tersebut.
NST berkata, dalam ucapannya di Parlimen Australia yang dirujuk dalam
artikel tersebut, Xenophon tidak menggunakan perkataan 'Islam' dan tidak
pernah menegaskan Islam bukan sebuah pertubuhan agama tetapi sebuah
organisasi jenayah yang bersembunyi di sebalik kepercayaan agama.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di lamanweb NST hari ini, akhbar berkenaan berkata ia telah membuat "kesilapan besar" dalam menyiarkan kenyataan dalam artikel tersebut.
Atas sebab di atas, tambahnya, akhbar itu menarik balik semua kenyataan yang terkandung dalam artikel terhadap Xenophon dan memohon maaf kepadanya di atas sebarang kesusahan atau rasa malu yang disebabkan oleh artikel tersebut.
Akhbar itu juga telah mengeluarkan artikel tersebut daripada versi dalam taliannya berkuat kuasa serta-merta.
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.