Tiba-tiba meletup berita, ada ahli Parlimen Pakatan Rakyat hina Yang
di-Pertuan Agong ketika hari pertabalan baginda di Istana Negara.
Berita itu menjadi sensasi apabila media memainkannya dan
ditambah pula oleh perasa tambahan daripada pemimpin Umno dan NGO yang
sewaktu dengannya.
Jika benar berita ini, sila bertindak segera ke atas pelaku
tersebut. Negara kita ada undang-undang. Isu ini tidak boleh
diselesaikan melalui media. ” tegas Ustaz Ahmad Idris dalam kenyataan kepada
Harakahdaily sebagai mengulas Datuk Seri Zahid Hamidi, Naib Presiden
Umno yang mendesak supaya menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat insiden
di Istana Negara itu.
Dalam isu menghina Raja, Zahid jangan berlakon untuk hendak memburu siapa yang menghina Raja.
“Bukankah Zahid Hamidi orang yang pernah keluar kenyataan yang biadab
kepada bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra mengatakan baginda
tidak layak menduduki takhta Sultan?” soalnya dalam kenyataannya. Kalau Zahid lupa, beliau boleh merujuk Berita Harian bertarikh 11 Februari 1993.
“Siapa Zahid? Adakah beliau Ahli Majlis yang terlibat menentu seorang Raja? Adakah Zahid keturunan Raja sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan demikian rupa?”
Tan Sri Rahim Tambi Chik juga pernah menyatakan
supaya amalan panggilan patik yang digunakan sewaktu berkomunikasi
dengan sultan dihentikan, memadai dengan menyatakan "saya Tuanku"
sebagaimana laporan Berita Harian pada 3 Februari 1993.
“Isu ini sengaja dibangkitkan melalui media sebagai usaha untuk
menunjukkan Pakatan Rakyat benci kepada institusi Raja manakala Umno
pula dilihat pembela institusi Raja.
Walaupun hakikatnya, satu dunia tahu bahawa pemimpin Umno
dan media Umno memperalatkan Islam, Raja dan Melayu untuk modal politik
ketika parti itu tersepit. Selama ini ketiga-tiga perkara itu Umnolah yang khianat.
Mereka akan berlakon sebagai hero dan pembela kepada
tiga institusi itu ketika nyawa Umno berada di hujung halkum.
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.