KAMPUNG PAYA – Tindakan seorang janda membawa pulang teman lelaki untuk
memadu asmara ketika ahli keluarga yang lain tiada di rumah membawa
padah apabila mereka dicekup pihak berkuasa.
Berikutan itu, serbuan dilakukan pihak polis kira-kira jam 10.30 pagi
di rumahnya dekat sini lalu membawa kepada penangkapan
pasangan terbabit.
Hasil pemeriksaan, teman lelakinya didapati berada di dalam sebuah
bilik dalam keadaan bertuala bersama janda berusia 20-an itu yang hanya
memakai tuala dan baju T.
Penemuan coli wanita, seluar dalam, seluar pendek paras lutut
dipercayai milik janda terbabit dan baju serta seluar milik teman
lelakinya yang dijadikan bahan bukti menguatkan dakwaan bahawa mereka
melakukan perbuatan yang disifatkan sebagai persediaan melakukan
persetubuhan.
Akhirnya, pasangan yang turut disahkan positif dadah apabila ujian
saringan air kencing dilakukan selepas serbuan terbabit dihadapkan ke
Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi kelmarin atas tuduhan mengikut
Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu
2001.
Kedua-duanya apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie,
Shamsuddin Ngah memilih untuk membuat pengakuan bersalah sebelum
masing-masing dijatuhkan hukuman denda RM2,500 atau dua bulan penjara
sekiranya gagal menjelaskan denda.
Pendakwaan dilakukan Pendakwaraya Syarie Nor Hakimah Awang manakala
tertuduh lelaki berusia 23 yang berasal dari Kampung Che Lijah dan
pasangannya, 24, tahun dari Jalan Lembah tidak diwakili peguam.
~Sinar harian
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.