
Riduan berkata, berdasar kepada surat Pejabat Pendaftar
Mahkamah Rayuan bertarikh 6 Mac lalu menyebut kes tersebut telah
ditetapkan untuk ditamatkan di hadapan Mahkamah Rayuan pada 29 Mac ini.
Pada 11 Mac 2010 Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan hak penjagaan
terhadap tiga anaknya Ummu Habibah (Prasana Diksa), 4; Abu Bakar (Karan
Dinish), 14 dan Ummu Salamah (Tevi Darsiny), 15 diberi kepada bekas
isterinya, M Indira Ghandi, 37.Sedangkan sebelum itu pada April 2009 Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh
memberikan hak penjagaan tiga anak kepada Riduan atau nama asal K
Patmanathan.
Ekoran itu Riduan memfail rayuan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut.
Riduan memeluk Islam pada 11 Mac 2009. Kemudian pada 2 April 2009
beliau mengislamkan ketiga-tiga anaknya. Bagaimanapun bekas isterinya
mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk membatalkan
Perakuan Memeluk Islam ketiga-tiga anaknya pada 25 Oktober 2009.
Indra juga membuat permohonan supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah
Persekutuan bagi menentukan empat persoalan berkaitan perundangan bagi
kes ibu bapa dan anak-anak yang terbabit dalam perkahwinan didaftar
mengikut Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Cerai) 1976.
Namun Mahkamah Tinggi menolak permohonan Indra yang juga seorang guru
tadika beragama Hindu supaya Mahkamah Persekutuan mendengar
permohonannya. Kes berkenaan juga pernah mendapat perhatian umum sehingga ke peringkat kabinet dan mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu pada 2009.
Riduan berkata, anak bongsu kini tinggal bersamanya dibesarkan dalam
suasana Islam dan sudah mampu menghafal ayat-ayat suci al Quran,
manakala dua lagi bersama bekas isterinya. Oleh itu beliau berharap mendapat bantuan orang ramai bagi mengumpul
dana termasuk membayar kos guaman dan kos lain sehingga menjangkau
RM60,000. Malah katanya sebelum ini beliau membayar pendaftaran rayuan kes berkenaan sebanyak RM3,000.
Katanya juga beliau akan mendapat khidmat peguam lain membawa kesnya
memandangkan peguam sebelum ini tidak memfail memorandum seperti
dikehendaki mahkamah ekoran tidak dapat menyediakan kos guaman.
Orang ramai yang ingin membantu Riduan boleh menghubungi talian 09 744 6736 (peguam Mustapa Kamal Mat Kasam) atau akaun Bank Islam 3018010036250.
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.