Hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau
membimbangkan,walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had
pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan, kata Timbalan Menteri
Kewangan Datuk Awang Adek Hussin.
"Ia
tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55
peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma
berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu,"
katanya semasa sesi soalan di Dewan Rakyat hari ini.
Awang Adek menjawab soalan tambahan daripada Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal hutang kerajaan yang semakin meningkat.

Awang Adek menjawab soalan tambahan daripada Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal hutang kerajaan yang semakin meningkat.
~Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.