Resam Umno
BN apabila memegang kuasa sesebuah negeri, pastinya ada tanah rizab
Melayu dijadikan harta sendiri dengan menjualnya sesuka hati.Susulan
itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali
dalam ucapan pembukaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini,
mendedahkan penyelewengan melibatkan tanah rizab Melayu di
kawasannya.“Saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini
kepada satu kes kerakusan Umno di kawasan Parlimen Gombak dan DUN Hulu
Kelang.
“Sejumlah
74 ekar Tanah Rizab Melayu di Sungai Sering telah dijual dan dipindah
milik kepada Syarikat Triumph City Development Sdn Bhd tanpa sebarang
gantian tanah di kawasan lain,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Bagaimanapun
katanya, syarikat berkenaan gagal membangunkan tanah itu dan tidak
mahu menjelaskan bayaran premium tanah biarpun status tanah tersebut
ditukar.
“Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) terpaksa merampas kembali tanah tersebut untuk menjaga kepentingan rakyat negeri Selangor. Hal ini
menyebabkan tanah rizab Melayu di Selangor susut nilai dan memberi
impak kepada nilai aset orang Melayu. Inilah amalan khianat Umno kepada
orang Melayu di Selangor ketika mentadbir negeri ini. “Satu lagi
amalan yang sering kali dilakukan pentadbiran Umno dalam menguruskan
Tanah Rizab Melayu ini adalah dengan menukar tanah rizab di kawasan
bandar dengan tanah di kawasan luar bandar yang bernilai jauh lebih
rendah daripada harga tanah rizab yang asal,” ujar beliau.
Sebaliknya
kata Azmin, sepanjang empat tahun mentadbir Selangor, kerajaan PR
tetap mengekalkan Tanah Rizab Melayu demi kepentingan kaum itu. “Kerajaan PR terbukti tidak
menyalahgunakan mandat yang diberikan rakyat. Oleh itu, adalah
diharapkan agar kerajaan negeri dapat merangka satu pelan strategik
pengurusan tanah rizab Melayu supaya dapat dibangunkan secara tersusun
dan dipelihara supaya terus mengekalkan status tanah demi kepentingan
generasi masa depan,” katanya.
~kl-today.com
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.