Mohon klik iklan 1X yer

26 March 2012

M Daud Kilau bersyukur

Senyumlah, Senyumlah, Ahai Cik Mek Molek... Masih ingatkah bait-bait lagu ini? Umum mengetahui, ia adalah dendangan raja gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau. Sebut sahaja nama itu, pasti ramai yang dapat bayangkan gelekan dan tarian pemilik nama sebenar, Muhammad Daud Kilau, ini.
 
Yang pasti, sehingga kini, tiada siapa yang mampu menandingi dan menggantikan posisinya. Walaupun usianya sudah hampir mencecah 74 tahun, namun tawaran persembahan masih mencurah-curah. Tidak menyangka rezekinya masih ada, beliau melahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi.

Jelasnya, tiada apa yang menggembirakannya selain terus berada di sisi peminat untuk menggalas tugas sebagai penghibur masyarakat.“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki ini. Walaupun usia saya sudah melebihi separuh abad, saya masih diberikan kesihatan yang baik. Jadual saya juga sentiasa padat dengan undangan.
 
“Dari segi kesihatan, saya memang tidak pernah mengamalkan petua dan pantang larang. Saya ada penyakit, kencing manis tapi saya tidak pernah berpantang. Saya hanya makan ubat mengikut arahan doktor,” katanya yang baru sahaja mengadakan persembahan di Singapura.
 
Menurut M Daud, beliau sangat teruja mengadakan persembahan di serata tempat kerana setiap persembahannya sentiasa diserikan dengan tepukan dan sorakan peminat yang hadir.
 
“Ia adalah momen yang paling indah dalam hidup saya kerana bagi penghibur, tiada apa yang membahagiakan selain sokongan peminat mereka,” katanya yang tidak pernah berniat untuk meninggalkan dunia seni ini.

1 comment:

  1. Sesekali megimbau kenang lalu... membuat hati sebak lah yob... huhuhu !!!.

    ReplyDelete

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.