Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diperdaya untuk
mempercayai bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kegiatan
homoseksual, sebelum memecat bakal penggantinya itu pada 1998. Perkara
itu didedahkan Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk
Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan
Sri Ismail Omar.
Ia menjurus kepada peranan yang dimainkan Peguam
Negara, Tan Sri Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa
Hassan, serta orang-orang di sekeliling Mahathir pada 1998.
Gani
dan Musa, adalah individu yang bertanggungjawab dalam mengendali kes
mata lebam Anwar, yang menyebabkan bekas Ketua Polis Negara pada masa
itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor dipenjara selama dua bulan.
“Pada
bulan September 1998, Tun Mahathir pernah diperdayakan untuk mempercayai
bahawa kecederaan mata-lebam Anwar adalah akibat “self-inflicted”
sepertimana yang dirakamkan dalam memoirs beliau muka surat 693.
“Pada
bulan Januari 1999 Gani Patail sendiri terlibat menipu Tun Mahathir
dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai sesuatu yang tidak benar
berkaitan dengan hasil siasatan Polis bersangkut insiden mata-lebam.
“Akibat
perdayaan ini Tun Mahathir telah membenarkan pembentukan Suruhanjaya
Di-Raja mengambil alih siasatan insiden mata-lebam daripada tangan
Penyiasat PDRM,” ujar beliau.
Menurut Mat Zain, beliau
menyimpulkan bahawa Mahathir sangat percaya bahawa Anwar terlibat dalam
aktiviti homoseksual berdasarkan kepada dua surat yang diterima daripada
Umi Hafilda pada 1997 dan taklimat daripada Musa Hassan yang ketika
itu merupakan pegawai penyiasat.
“Persoalan yang timbul adalah
sama ada Musa Hassan telah memberi Tun Mahathir taklimat yang jujur dan
betul mengenai keterangan yang telah dikumpulkannya terhadap Anwar itu,
ataupun Musa Hassan telah menokok tambah keterangan dalam taklimatnya
untuk memperdayakan Tun Mahathir supaya mempercayai bahawa Anwar
benar-benar terlibat dalam aktiviti homoseksual itu,” tulis beliau.
Mat Zain berkata, ia bukan pertama kali Mahathir ditipu oleh individu di sekelilingnya.
Pada
Julai 1993, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik juga
pernah menipu Mahathir dengan membuat Akuan Sumpah Palsu bagi
menyembunyikan harta berjumlah RM40 juta yang diperolehi menerusi
salahguna kuasa dan rasuah.
Ia dilaporkan oleh Badan Pencegah Rasuah yang disahkan sendiri oleh Gani Patail ketika itu.
Menurut
Mat Zain lagi, pada bulan Julai 2010 pula, bekas Menteri Pengangkutan,
Tun Dr.Ling Liong Sik pula didakwa kerana menipu Jamaah Menteri,
termasuk Mahathir sendiri dalam kes skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang
(PKFZ).
“Contoh-contoh di atas dengan jelas membuktikan bahawa
Tun Mahathir juga terdedah kepada perbuatan penipuan oleh Menteri atau
Ketua Menteri ataupun oleh Pegawai-Pegawai Kerajaan atau mana-mana orang
yang berpeluang memberi taklimat kepada beliau mengenai sesuatu
perkara.
“Ringkasnya Tun Mahathir tidak “kebal” dari penipuan.
Dengan demikian itu kemungkinan Tun Mahathir telah diperdayakan untuk
mempercayai bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual tidak boleh
diperkecilkan,” tulisnya lagi.
Dalam surat 16 perenggan
itu, Mat Zain berkata, persepsi buruk rakyat terhadap Polis Di Raja
Malaysia (PDRM) akan berterusan jika pihak berkuasa itu “terlalu menurut
karenah” Peguam Negara.
“Secara peribadi saya mendapati PDRM terlalu menurut karenah Peguam Negara seolah tidak bebas bertindak sendiri.
“Sebagai
seorang pesara yang mengetahui sedikit sebanyak asal usul isu dalam
persoalan, saya berasa sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan
“pisang akan berbuah dua kali”,” ujarnya.
kl today
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.