PENTAS Liga Super 2012 yang bakal bermula secara rasminya 10 Januari
ini menyaksikan pertaruhan setiap pasukan untuk misi menggondol
kejuaraan. Empat belas pasukan ternyata mempunyai ‘ayam tambatan’
masing-masing yang mampu menggegar lawan.
NEGERI SEMBILAN
POSISI: PENYERANG
ULASAN: Pemain import Cameroon ini bakal menjadi tonggak penting
untuk mengekalkan reputasi elit di negara ini selepas kehilangan
beberapa tonggak utama dan sudah membuktikannya apabila meledak hatrik
ketika menewaskan Harimau Muda B baru-baru ini.
TERENGGANU
NAMA: ABDUL HADI YAHAYA
JERSI: 14
POSISI: PENYERANG
ULASAN: Sentuhan penjaring terbanyak Liga Super musim lalu pasti menjadi tumpuan dengan kehadiran pemain import yang mencabarnya untuk mempertahankan gelaran kasut emas musim ini.
SELANGOR
NAMA: MOHD AMRI YAHYAH
JERSI: 17
POSISI: PENYERANG
ULASAN: Kapten Merah Kuning yang serba boleh ini tetap berbisa dan menjadi taruhan di depan gol walaupun sudah menjangkau usia 31 tahun tahun ini dan ketika aksi pra-musim berjaya meledak tujuh gol.
T-TEAM
NAMA: ZACHARIA
SIMUKONDA
JERSI: 10
POSISI: PENYERANG
ULASAN: Ketajaman pemain dari Zambia ini sememangnya tidak boleh dinafikan terutamanya ketika mewakili Perlis bagi musim 2005 hingga 2007. Malah sudah membuktikannya dalam beberapa aksi persahabatan pra-musim dengan menjaringkan beberapa gol penting termasuk gol tunggal menewaskan Terengganu.
KELANTAN
NAMA: NORSHAHRUL
IDLAN TALAHA
JERSI: 9
POSISI: PENYERANG
ULASAN: Antara penyerang terbaik negara ketika ini, pemain yang dikenali sebagai Mat Yo ini terus menjadi ancaman kepada mana-mana pasukan kerana keupayaannya menggelecek pemain pertahanan lawan serta mampu memegang bola dengan lama.
PERAK
NAMA: LAZAR POPOVIC
JERSI: 9
POSISI: PENYERANG
ULASAN: Penyerang dari Serbia ini diharapkan mampu membawa kejayaan kepada Perak berdasarkan rekodnya yang meledak 46 gol dalam 145 perlawanan selain meraih beberapa kejayaan bersama kelab yang diwakilinya sebelum ini.
FELDA UNITED
NAMA: AHMAD FAKRI
SAARANI
JERSI: 5
POSISI: PENYERANG
ULASAN: Antara tonggak yang memainkan peranan penting kejayaan Malaysia mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2011, pemain ini dilihat bagi menjadi aset penting kepada jentera serangan Felda United dengan pengalaman luas yang dimilikinya di pentas antarabangsa.
SABAH
NAMA: ZAINIZAM MARJAN
JERSI: 20
POSISI: TENGAH
ULASAN: Walaupun dengan kehadiran dua tonggak import, pengalaman luas yang dimiliki pemain tengah menyerang ini dijangka terus menjadi nadi kebangkitan Sabah.
KEDAH
NAMA: BADDROL BAKHTIAR
JERSI: 7
POSISI: TENGAH/PENYERANG
ULASAN: Antara pemain yang tulang belakang Hijau Kuning untuk terus menjadi pencabar kejuaraan musim ini selain kepakaran sepakan percuma yang dimilikinya.
KUALA LUMPUR
NAMA: STANLEY BERNARD STEPHEN SAMUEL
JERSI: 19
POSISI: PENYERANG
ULASAN: Pengalaman luas yang dimilikinya berbanding rakan sepasukannya amat ditagih Kuala Lumpur selepas kehilangan sebahagian besar tonggak utama musim lalu yang berhijrah.
JOHOR FC
NAMA: EDDY HELMI ABD MANAN
JERSI: 9
POSISI: TENGAH
ULASAN: Kelincahan pemain sayap ini pasti sekali lagi menjadi taruhan dalam mengucar-kacirkan pertahanan lawan selain kehadiran beberapa pemain berpengalaman untuk menguatkan skuad kendalian K Devan ini.
SARAWAK
NAMA: KALLE SONE
JERSI: 10
POSISI: PENYERANG
ULASAN: Pemain import Cameroon pasti menjadi sandaran Sarawak meledak gol bagi meneruskan kebangkitan mereka selepas bergelar naib juara Liga Perdana 2011 selain memiliki hantaran tepat serta kawalan bola yang baik.
SELANGOR PKNS
NAMA: RUDIE RAMLI
JERSI: 9
POSISI: PENYERANG
ULASAN: Pengalaman luas yang dimiliki bekas pemain kebangsaan ini menjadi taruhan kepada dirinya untuk menyerlah selain membimbing rakan sepasukan lain yang masih muda untuk melonjakkan juara Liga Perdana 2011 yang pertama kali merasai saingan Liga Super musim ini.
LIONS XII FC
NAMA: MOHAMMAD SHAHRIL BIN ISHAK
JERSI: 17
POSISI: TENGAH
ULASAN: Perancang utama kepada skuad senior Singapura, dia adalah antara pemain tengah paling kreatif di republik itu selain sudah mengecap pelbagai kejayaan di peringkat Asia Tenggara.

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my
azlanmz@hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.