Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan polis
hari ini, kerana didakwa menulis kenyataan berunsur lucah dan berbaur
ugutan terhadap Perdana Meteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman
sosial.
Penuntut wanita berusia 20 tahun dari sebuah IPTS di Kuala Muda, Kedah itu ditahan pada pukul 9 pagi, selepas polis menerima laporan mengenai kenyataan yang dipercayai ditulis wanita tersebut pada akaun Facebook miliknya.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad
Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 10 malam semalam
mengenai perkara itu, dan menahan penuntut terbabit selepas mengenal
pasti pemilik akaun Facebook tersebut. Penuntut wanita berusia 20 tahun dari sebuah IPTS di Kuala Muda, Kedah itu ditahan pada pukul 9 pagi, selepas polis menerima laporan mengenai kenyataan yang dipercayai ditulis wanita tersebut pada akaun Facebook miliknya.
"Kita telah ke universitinya dan melalui pihak universiti, kita telah memanggil pelajar itu untuk diambil kenyataan berhubung berkara itu," katanya kepada pemberita, di Alor Setar malam tadi. Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik pelajar tahun dua IPTS tersebut untuk siasatan.
"Kita juga turut memanggil ibu bapa pelajar itu bagi membantu siasatan," kata Ahmad.
Katanya memandangkan pelajar itu masih lagi dalam minggu peperiksaan, pihaknya telah membebaskan pelajar tersebut petang tadi selepas diambil keterangan bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan.
"Kita akan memanggil beberapa individu lain untuk memberi keterangan berhubung perkara ini. Kita juga akan memanggil pelajar tersebut pada bila-bila masa jika perlu," katanya.
Beliau berkata pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan terhadap pelajar itu dan akan menyiasat dengan terperinci perkara tersebut.
"Kita telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.
- Bernama
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.