IPOH:
PAS Perak `melanggar' persetujuan pembangkang untuk mengekalkan status
quo kerusi yang akan ditandingi di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13) apabila menuntut tiga kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana
yakin peluang parti itu memenanginya lebih cerah berbanding PKR.
Tiga
kerusi itu ialah Parlimen Bagan Serai serta Dewan Undangan Negeri (DUN)
Changkat Jering dan DUN Behrang, tetapi dibantah PKR negeri.Pada
PRU-12, ketiga-tiga kerusi itu dimenangi oleh calon PKR tetapi mereka
membuat keputusan untuk keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas
beberapa bulan kemudian.
Bagaimanapun,
hasrat PAS Perak diumumkan semalam dilihat bertentangan dengan
kenyataan Ketua Penerangan PAS pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bulan
lalu yang dilaporkan berkata Perak antara enam negeri yang mengekalkan
status quo pengagihan kerusi pada PRU-13, hasil persetujuan pimpinan
pakatan pembangkang peringkat negeri itu yang sudah dimaklumkan ke
pimpinan pusat.
Timbalan
Pesuruhjaya II PAS Perak, Misbahul Munir Masduki, berkata tuntutan
dibuat sebagai menghormati kehendak ahli parti di ketiga-tiga kawasan
terbabit yang merasakan pakatan pembangkang boleh mengekalkan kerusi
terbabit jika ditandingi calon PAS.
Sumber : Berita Harian
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.