Pemimpin pakatan pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan
kontroversi terkini ekoran kenyataannya "menyokong semua usaha untuk
melindungi keselamatan negara Israel" dalam akhbar Wall Street Journal.
Sokongan yang dilaporkan itu menyusuli kenyataan beliau berhubung undang-undang berkaitan liwat yang disifatkan sebagai lapuk dan perlu dimansuhkan.
Anwar sebelum ini menegaskan penolakan terhadap undang-undang seks luar tabie dalam wawancara dengan Associated Press di Malaysia dan dengan BBC di India.
Pendirian Anwar berhubung homoseksualiti itu, yang menyusuli kenyataan Human Rights Watch, dilihat sebagai satu bentuk sokongan kepada golongan berotientasi seks luar tabie, walaupun tidak dinyatakan sokongan dengan jelas.
Sokongan yang dilaporkan itu menyusuli kenyataan beliau berhubung undang-undang berkaitan liwat yang disifatkan sebagai lapuk dan perlu dimansuhkan.
Anwar sebelum ini menegaskan penolakan terhadap undang-undang seks luar tabie dalam wawancara dengan Associated Press di Malaysia dan dengan BBC di India.
Pendirian Anwar berhubung homoseksualiti itu, yang menyusuli kenyataan Human Rights Watch, dilihat sebagai satu bentuk sokongan kepada golongan berotientasi seks luar tabie, walaupun tidak dinyatakan sokongan dengan jelas.
Kenyataan Anwar kepada akhbar
berpengaruh itu memberi sokongan tanpa syarat dalam menjaga keselamatan
Israel, yang dalam amalannya melibatkan tindakan ketenteraan dan
pembunuhan pemimpin-pemimpin gerakan Islam seperti Hamas.
Antara
pemimpin Hamas yang pernah dibunuh Israel ialah Syaikh Ahmed Yassin,
melalui serangan helikopter bersenjata pada 22 Mac, 2004.
Anwar
juga sebelum ini menunjukkan sokongan kepada penyelesaian dua negara
dalam isu Palestin, pilihan yang turut diterima sesetengah pihak
mewakili Palestin.
Kenyataan sokongan untuk Israel itu telah mencetuskan respons keras daripada musuh politik dan sekutu dalam Pakatan Rakyat.
Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor bernama sebagai
menuntut penjelasan Anwar dalam hal itu, dan menimbulkan persoalan
adakah itu bakal menjadi pendirian PR sekiranya menguasai pentadbiran
pusat.
Daripada rakan PR, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan
menegaskan tentangan terhadap Israel, yang dipercayai merujuk kepada
kenyataan Anwar itu."Israel
adalah sebuah entiti haram yang terlalu besar dosanya terhadap umat
Islam seaqidah dengan kita meskipun kita berada jauh di Tanah Melayu.
"Sekalipun
atas nama untuk ambil hati Amerika demi masa depan kita yang bakal
mengambil alih Putrajaya, tidak sekali-kali wajar dan layak kita
menyokong Israel apa lagi untuk memberi perlindungan kepada golongan
yang dilaknat oleh Allah SWT," tulis Nasrudin di laman Facebook.
Penyokong
kuat Anwar menimbulkan pula isu-isu lain termasuk perkhidmatan syarikat
konsultan dari Amerika Syarikat, Apco yang pernah diperolehi kerajaan,
dalam usaha menepis kesan negatif kenyataan menyokong Israel itu.
Kenyataan
Anwar itu boleh dilihat sebagai satu usaha membuktikan pendiriannya
dalam beberapa isu untuk mengukuhkan sokongan daripada sekutu di Barat,
selepas bebas daripada dakwaan liwat dan menjelang Pilihan Raya Umum
ke-13. Beliau
juga kini bersaing dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul
Razak dalam memperlihatkan sikap yang dinilai sebagai moderat kepada
Barat, untuk mendapatkan sokongan.
Najib minggu lalu selesai melaksanakan projek besarnya, gerakan moderat yang bertujuan meningkatkan imejnya di mata pentadbiran Obama dan negara-negara Barat. Anwar walau bagaimanapun mempunyai hubungan yang baik dengan pelbagai pihak di Washington dan dunia Barat.Hubungan
baik ini dan imej liberal dan moderat yang perlu dipelihara merupakan
antara sebab kenyataan beliau yang mencetus kontroversi di negara ini
diutarakan.
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.