Beberapa anggota polis yang masih berkhidmat, telah memaklumkan kepada Malaysiakini
mengenai kesediaan mereka tampil secara sukarela memberi keterangan
kepada tribunal berhubung dakwaan salahlaku terhadap Peguam Negara, Tan
Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Keterangan tersebut, tegas mereka, akan melampaui dakwaan wujudnya pakatan sulit antara kedua-duanya dengan penjenayah.
Malaysiakini telah menyiarkan satu siri laporan sejak seminggu lalu mengenai dakwaan bahawa pasukan polis bersekongkol dengan penjenayah. Ia dipercayai telah mendorong anggota polis berkenaan yang masih berkhidmat itu, untuk tampil memberi keterangan.