Mohon klik iklan 1X yer

Showing posts with label putar belit. Show all posts
Showing posts with label putar belit. Show all posts

15 August 2012

Siapa bayar P Bala?

NONEMP PKR Subang R Sivarasa menafikan dakwaan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau membimbing P Balasubramaniam dalam kenyataan bersumpah pertama oleh penyiasat persendirian itu berhubung kes pembunuhan Altantuya Sharibuu.

Dalam satu tulisan blog hari ini, MP itu berkata tulisan Raja Petra bertarikh 14 Ogos itu mengandungi "rekaan berniat jahat" dan merupakan "putar belit" yang mencampur aduk kebenaran dan rekaan untuk kesan dramatik.

“Malangnya bagi beliau, penipuan tetap penipuan," kata Sivarasa.