Kredibiliti Malaysiakini sebagai medium penyampaian maklumat bebas
dan seimbang terus dipersoalkan berikutan tindakan portal berita
propembangkang itu memutar belit kenyataan daripada sumber untuk
kepentingan politik semata-mata.
Perkara itu diakui bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
yang mendakwa, kenyataan beliau berhubung isu hudud telah dipetik
Malaysiakini semalam secara tidak menyeluruh menyebabkan maksud
kenyataannya berada di luar konteks.
Menurut beliau, menerusi laporan bertajuk 'Bekas mufti: Terkeluar Islam
jika persenda hudud' semalam, Malaysiakini sekadar mengambil sebahagian
artikel menerusi blognya di drmaza.com secara tidak menyeluruh.
