Takiyuddin yang juga merupakan exco jawatankuasa kerajaan tempatan, pelancongan dan kebudayaan berkata, perkara itu termaktub di bawah Undang-undang Kecil Taman yang dikuatkuasakan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam.
"Dulu pernah ada satu kes, DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) menyaman satu pasangan bukan Islam yang dianggap berkelakuan tidak sopan di KLCC.
"Semua PBT ada undang-undang iaitu Undang-undang Kecil Taman. Undang-undang ini bukan ada di Kelantan sahaja. Semua PBT ada," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Takiyuddin juga menegaskan, hanya pihak yang diberi kuasa sahaja berhak mengeluarkan saman berkenaan.