Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mendakwa prospektus
Felda Global Ventures Holdings (FGVH) "menipu" kerana menyenaraikan
tanah Felda di negeri Pakatan Rakyat sebagai aset bagi tujuan
penyenaraian di Bursa Malaysia.Presiden ANAK Mazlan Aliman berkata, negeri Pakatan khususnya Kelantan tidak pernah menyerahkan tanah untuk proses penyenaraian dan dinyatakan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri.
"Kenapa (ia) ditulis dalam prospektus ini? (FGVH) mengakui tanah itu aset dia, tapi kerajaan negeri tak bagi," kata pemimpin NGO yang dekat dengan Pakatan itu.