Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ADUN Umno Johor yang
mencadangkan supaya hukum hudud dilaksana ke atas orang Islam dan bukan
Islam di negeri itu "hilang akal" kerana mengemukakan perkara tersebut.
Dalam satu tulisannya di Twitter malam tadi, Chua berkata ADUN berkenaan, Datuk Ayub Rahmat juga telah kehabisan idea sehingga menimbulkan cadangan berkenaan.
"ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam," katanya.