Kumpulan mahasiswa menyifatkan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk
Seri Mohamed Khaled Nordin yang menolak tuntunan menghapuskan Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai menghina
keintelektualan mahasiswa dan ahli akademik.Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhamad Safwan Anang berkata, walaupun peruntukan pinjaman itu bernilai berbilion ringgit ia masih realistik untuk dimansuhkan.
"Itu bukannya suatu benda yang tidak boleh dibuat... RM6.1 bilion, (berbanding) dengan ketirisan puluhan bilion. Takkan kerajaan tidak boleh selesaikan," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.