Tentera
Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak mahu mengulas dakwaan bahawa dokumen sulit
yang dikaitkan dengan tempahan untuk membeli dua kapal selam kelas Scorpene,
telah dijual kepada sebuah syarikat asing.
Ketika
dihubungi Malaysiakini, pengarah media dan web TLDM, Komander Ismail Othman
berkata, pihaknya tidak ada sebarang komen mengenainya buat masa ini.
Ismail
juga enggan mengulas lanjut apabila ditanya sebab pihaknya tidak mahu mengulas
tentang isu tersebut.
