Bekas Pendebat Terbaik Piala Perdana Menteri dalam tahun 1980an ini berkata, debat baik untuk demokrasi.
"Ia peluang untuk mencetuskan idea yang bernas dan mempertahankannya dengan cerdas. Rakyat akan menilai. Namun, terdapat mereka yang menolak debat. Tidak mengapa jika tidak ingin berdebat kerana itu pilihan masing-masing, tetapi usahlah menolaknya bulat-bulat," kata beliau dalam tulisan itu.
Malam tadi Buletin Utama TV3 di awal beritanya melaporkan Najib sedia berdebat untuk perkara-perkara kepentingan negara. Namun di pertengahan siaran berita itu, TV3 memohon maaf kerana yang dimaksudkan Perdana Menteri adalah beliau sedia berbincang bukannya berdebat.
Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak debat dengan
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diperlekehkan oleh Timbalan
Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah.