PERTH: Lima pesawat berjaya menemui beberapa objek pelbagai warna semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS), di Lautan Hindi, hari ini.
Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), pesawat Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF) menemui beberapa objek berwarna putih atau terang serta boyan perikanan.
Pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) juga melaporkan menemui dua objek segi empat tepat berwarna biru atau kelabu yang terapung.