Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir perlu mendedahkan
semua dokumen tentang projek pusat pengagihan bijih besi Vale
International kepada umum.
Ketua Pembangkang Dun Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
berkata, Zambry tidak boleh memilih dan mendedahkan satu surat sahaja
tetapi perlulah mengemukakan semua surat-surat termasuklah surat
kelulusan projek oleh Kerajaan BN.
“Zambry perlu dedahkan semua dokumen termasuklah minit-minit
mesyuarat, dan perjanjian antara kerajaan dan pihak Vale,” katanya dalam
sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Perak, hari ini.
