Mohon klik iklan 1X yer

Showing posts with label Azah Aziz. Show all posts
Showing posts with label Azah Aziz. Show all posts

9 July 2012

Azah Aziz Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Tokoh budaya, Azah Aziz, isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan ibu kepada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, meninggal dunia di sini hari  ini.
Menurut seorang anggota keluarga terdekat, Azah Aziz atau nama penuhnya Sharifah Azah Mohamed Alsagoff 83, meninggal dunia kerana sakit tua dan angin ahmar kira-kira jam 10 pagi ini. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas solat Asar.
Terdahulu, solat jenazah disempurnakan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq, Bangsar. – sumber