Mohon klik iklan 1X yer

14 December 2014

Pemimpin UMNO Bangsat?

Sayap Pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di akhir Persidangan Tahunan mereka hari ini mensasarkan beberapa pemimpin Umno apabila melabelkan mereka sebagai "bangsat".


Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris ketika berucap dalam sesi penggulungannya mensasarkan, Ketua Pengarah Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed, dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin serta mempersoalkan sumbangan mereka terhadap komuniti Melayu di negara ini.

"Saya beri peringatan kepada Saifuddin, dahulu semasa jadi menteri apa yang dia buat, apa tanggungjawab dia? Apabila kita mempertahankan beberapa perkara kita dicemuh," katanya, merujuk kepada jawatan timbalan menteri pengajian tinggi yang pernah disandang Saifuddin.


"Nur Jazlan, dia bangsat. Dia binatang. Semasa di UDA, apa yang dia buat untuk bantu ekonomi Melayu?" kata Fahmi, merujuk kepada organisasi yang diketuai Jazlan sebelum ini.
Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris ketika berucap dalam sesi penggulungan Persidangan Tahunan Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau mengkritik beberapa pemimpin Umno dengan mempersoalkan sumbangan mereka terhadap komuniti Melayu di negara ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 13 Disember, 2014.
Ketika mengulas berkenaan Khairy, Fahmi berkata pemimpin Umno itu seringkali tidak mengendah dan mempertahankan Melayu, namun apabila gereja diserang, beliau menjadi orang pertama tiba di lokasi itu.

"Waktu masjid diletakkan kepala babi, mana dia?" soal Fahmi.

Beliau turut mengingatkan pemimpin Umno, Perkasa mempunyai keahlian di seluruh negara dan ahli akan menolak pemimpin seperti mereka.

"Umno juga bermula dengan NGO. Dulu mereka melawan penjajah," katanya.

"Sudah cukuplah kita dipergunakan, sampai bila kita nak macam ini," katanya.

Beliau juga memberi peringatan ketika kes mahkamah kalimah Allah, pemimpin Umno sendiri tidak kelihatan bersama-sama mereka bagi memperjuangkan perkataan suci umat Islam itu.

"Mana menteri yang duduk di Putrajaya, sekangkang dengan Istana Kehakiman?

"Mereka tak nak bantu tidak mengapa, tapi jangan menyusahkan.

"Ahli kita ada di merata tempat. Pastikan kita tolak pemimpin macam ini," tambahnya. – 13 Disember, 2014.

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

1 comment:

  1. He he he amno dan perkasi bgai kentuk dan taik... Sama busuk....

    ReplyDelete

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.