Mohon klik iklan 1X yer

11 October 2013

BN mau klon Almarhum Ustaz Azizan

MELAKA 3 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) akan menampilkan calon yang sesuai dengan perwatakan seperti Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November ini. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, personaliti sehebat Azizan penting untuk ditonjolkan sebagai calon BN kerana sewaktu bekas Menteri Besar Kedah itu menang dalam lima pilihan raya umum lalu, pengundi menyokongnya kerana tertarik dengan perwatakan peribadi Allahyarham.

''BN akan tonjolkan tokoh yang sama macam Allahyarham (Azizan) dan saya telah meminta Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir senaraikan calon-calon yang mempunyai kriteria itu.
''Saya dah minta Mukhriz kemuka bakal calon dan macam biasa kita minta kriteria seperti terbaik, berpengalaman, berkelayakan, mempunyai perwatakan baik dan diterima masyarakat di DUN Sungai Limau.

''Senarai itu perlu dikemukakan dalam beberapa hari akan datang untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan UMNO negeri Melaka di Hotel Equatorial, Banda Hilir di sini hari ini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri merasmikan Hari UNESCO Malaysia 2013 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir.

Beliau mengulas mengenai keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK Sungai Limau pada 4 November manakala penamaan calon pula pada 23 Oktober.

Muhyiddin berkata, calon akan disaring untuk melihat siapa yang paling layak bertanding dan beliau akan turun ke Sungai Limau sebelum penamaan calon pada 23 Oktober ini untuk mengumumkan nama calon.

Ditanya mengenai peluang BN untuk merampas kembali kerusi DUN Sungai Limau yang dikuasai Pas sejak 1995 beliau berkata, UMNO dan BN bakal berdepan cabaran paling getir kerana kawasan tersebut menjadi kubu kuat Pas.


Sumber artikel: Sini

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.