Mohon klik iklan 1X yer

26 April 2013

Mantan PM Malaysia ada batu tak?


KUALA LUMPUR - Lebih daripada 60 peratus responden yang dipilih secara rawak oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat berhubung manifesto masing-masing menjelang hari mengundi 5 Mei ini.


Kajian membabitkan 1,407 responden ini bermula pada 3 April lalu dan berakhir pada 20 April iaitu pada hari penamaan calon. 


Sebanyak 23 peratus daripada responden mengatakan debat mengenai manifesto kedua-dua pemimpin ini tidak perlu sementara 14 peratus lagi tidak pasti mengenainya. Hasil kajian yang dilakukan oleh Umcedel menunjukkan pengundi Cina lebih cenderung kepada manifesto yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat (PR) pada Februari lalu.

"(Sebanyak) 77 peratus pengundi Cina yakin janji PR menurunkan harga minyak," kata Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman pada sidang media hari ini.

Antara manifesto popular PR yang ditanya kepada masyarakat termasuklah janji menurunkan caj air dan elektrik (64 peratus), menghapuskan tol (60 peratus), menurunkan harga kereta (61 peratus) dan pendidikan percuma (63 peratus).

Sementara manifesto BN yang turut ditanyakan ialah menaikkan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada RM1,200 (52 peratus), janji program transformasi seperti Klinik Rakyat 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (52 peratus) dan jani membina satu juta rumah mampu milik (51 peratus).


1 comment:

  1. lia punya batu sutah baling sama itu bas wo ;) ABU !

    ReplyDelete

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.