Mohon klik iklan 1X yer

22 February 2013

Parliment dibubarkan

Beberapa orang ahli parlimen Pakatan Rakyat menghubungi Bilik Berita Harakah memberitahu, Perdana Menteri Najib Tun Razak akan umumkan pembubaran Parlimen paling cepat esok, 22 Februari bersamaan hari Jumaat. Ini sama seperti SMS yang disebarkan sahabat saya, Dato' Tamrin Tun Ghafar sebulan yang lalu. SMS berdasarkan sumber daripada bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Dr Sulaiman Mohamed.

Itu bukan soalnya. Ahli parlimen berkenaan juga memberitahu, jika bukan hari ini, Jumaat, kemungkinan besar pada hari Isnin, 25 Februari 2013 ini. Apakah yang membuatkan Najib memilih tarikh-tarikh ini, hanya beliau sahaja yang tahu.
Tetapi, pada hari Selasa, 26 Februari, Najib akan mengumumkan Manifesto BN kepada rakyat. Kata MP itu, maklumat ini diberitahu sendiri oleh seorang menteri kabinet sebentar tadi kepada beliau. Apa macam? Are you ready for PRU13? Are you ready to Putrajaya?

~sanggah tok sago

2 comments:

  1. Kita tunggu saja. banyak sangat ura2 ni. semua tak jadi kenytaaan..

    ReplyDelete
  2. Memang parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat berpandukan kepada bendera-bendera BN mula dipasang dengan rancaknya dan bilik gerakan Umno/BN mula dibuka. Berpandukan kepada pemerhatian saya, Umno/BN telah merancakkan program-program mereka dimerata tempat cuma yang menjadi tanda tanya ialah bila ia akan dibubarkan. Mungkin selepas Najib merasmikan manifesto BN kepada pemberita? Kali ini Najib betul-betul berada dipersimpangan kerana beliau tahu PRU13 kali ini akan menguji populariti beliau yang sudah jatuh merundum dan semua rakyat marhaen tahu jika Najib kalah, puncanya adalah Mahathir dan Rosmah.

    ReplyDelete

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.