Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengakui bahawa suspek yang dikehendaki kerajaan Filipina Manuel Karingal Amalilio merupakan "saudara jauh" keluarganya.
Bagaimanapun, Musa menafikan bahawa beliau campurtangan untuk menghalang penghantaran pulang individu tersebut.
Saya ada keluarga besar dan saya baru saja diberitahu bahawa individu ini merupakan seorang saudara jauh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, kerajaan negeri Sabah tidak akan masuk campur dan tidak pernah melakukan seperti didakwa.
"Sama ada Amalilio seorang saudara atau tidak, pihak berkuasa perlu menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya. Tiada orang yang dikecualikan undang-undang," katanya lagi.
Kenyataannya itu dipercayai bagi menjawab gesaan timbalan presiden PKR Azmin Ali semalam yang menuntut penjelasan ke atas dakwaan para pegawai Filipina bahawa Musa campurtangan dalam urusan tersebut.
Sumber: Malaysiakini
Asalamualaikum bro, cek tengok apa masalah blog lu... susah gua nak masuk dah beberapa hari. tak boleh guna chrome kene guna mozilla saja.chrome kata ada ancaman virus...
ReplyDeleteBerpunca dari blog karat ijau. Ada malware. Teman terpaksa juga keluarkan senarai blog sahabat tersebut.
ReplyDelete