Mohon klik iklan 1X yer

27 January 2013

Kalimah Allah masih dipermainkan.


Umat Islam mesti berhati-hati jangan terperangkap isu kalimah Allah yang dimainkan oleh kerajaan UMNO-BN di saat-saat menjelang pilihanraya ke 13 yang semakin hampir. Selepas pilihanraya isu pasti ini akan senyap begitu sahaja. Perkara beginilah yg berlaku setiap kali musim pilihan raya.  

Tujuannya untuk memecah-belahkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama supaya mereka dapat mengekalkan kuasa.Sekiranya kita melayani maka amat bodohlah kita tak kira alim ulama, ngo atau sebagainya.
Umno bn dan konco-konconya sibuk pertahankan kalimah Allah . Bagaimana pula dengan kandungan kalimah Al Quran yang menjadi pertandingan saban tahun. Hanya org bodoh saja yg akan terpedaya dgn mainan umno.

Sepatutnya ajaran islam yg syumul keseluruhannya di pertahankan. Undang-undang Islam dan isi kandungan didalam al quran di laksanakan malahan di martabatkan. 

Tontonlah tv media sosial yg ada di negara ini. Apakah ianya digunakan untuk meningkatkan kefahaman rakyat terhadap agama Islam. Baca pula media cetak yang dijual di kedai-kedai, berapa peratus penerbitan berbahasa Melayu yang mendidik rakyat ke arah yang positif.
Lihat pula aktiviti-aktiviti sosial yang dianjurkan. 

Buatlah kajian, apakah program-program yg dilaksanakan mendidik anak muda dan remaja menjadi insan berguna. Adakah mereka dibentuk supaya menjaga solatnya setiap kali sampai waktunya. 

Kalau solat pun tidak dididik, bagaimana mereka boleh mengenal tuhannya. Sedangkan kalimah ALLAH yang dipertahankan pun jarang sekali dilafaz. Majoritinya menyebut TUHAN, juga merupakan sebutan agama-agama lain. Memalukan.

1 comment:

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.