Mohon klik iklan 1X yer

11 October 2012

MP BN juga menentang AES

NONETidak seperti selalu, penyokong kerajaan dan anggota parlimen pembangkang hari ini sama-sama tampil menentang penggunaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) untuk kesalahan lalu-lintas yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Perkara itu ditimbulkan apabila Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) membangkitkan perkara itu dalam perbahasan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Sim (kanan) mahukan kerajaan mengubah undang-undang had laju sebelum pelaksanaan penuh AES kerana ia tidak konsisten di lebuh raya dan penggunaan sistem kamera automatik hanya akan menjadikan orang ramai mangsa.
Menuntut pelaksanaannya dibekukan, Sim berkata, banyak kemudahan lain seperti lampu isyarat masih tidak seragam dan ini boleh menyebabkan sistem merekodkan kesalahan palsu.

Anggota penyokong kerajaan kemudian tampil menyuarakan perkara yang sama.

"Tangguhkan saja AES," kata Mohamad Aziz (BN-Seri Gading) sambil menambah mungkin syarikat berkaitan hanya mahu membuat duit.

-Harakahdaily

2 comments:

  1. Inilah masalahnya bila lantik ahli parlimen yang setengah tiang. Tau berpolitik saja hingga mengenepikan hak yang tertindas. Dulu waktu polis buat kata curi-curi dan perangkap sekarang bila diletakkan signboard tanda amaran jangan laju atau lanngar isyarat merah kata akan menyebabkab kemalangan. dulu kata polis rasuah skrg letak tiang kata lain pulak. Ahli politik mcm ni patut campak dalam longkang saja. Pernah ke pikir kesusahan mangsa akibat perbuatan segelintir yang melanggar undang-undang? Ataumapakah ahli-ahli politik tak berapa cerdik ni hanya mempertahankan sebahagian minoriti yang tak pedulikan undang-undang tanpa memperdulikan hak terhadap majority yang patuth dan menjadi mangsa. Pikirlah sendiri !

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 – AES dapat mendidik rakyat supaya berkerja dengan lebih tekun lagi untuk membayar saman yang dikeluarkan kepada mereka..

      2 – AES dapat memupuk ‘hubungan mesra’ diantara rakyat dan juga kerajaan serta menambahkan ingatan yang tulus ikhlas terhadap kerajaan sepanjang masa..

      3 – Sistem baru ni juga akan memastikan kerajaan dilihat sebagai prihatin kerana sentiasa mengambil berat kepada keselamatan rakyat walaupun dijalan yang tak berbahaya..

      4 – AES juga menunjukkan bahawa kerajaan sangat bijak.. Dulu rakyat marah pada Polis dan JPJ jika dapat saman.. Sekarang ni rakyat marah pulak pada kerajaan.. Tak bijak ke tu beb?

      5 – Rakyat dapat membantu menambah pendapatan negara dengan menyumbang kepada AES.. Lepas ni, tak wujud lagi persoalan tentang apa sumbangan rakyat pada kerajaan..

      6 – Negara akan lebih aman dan makmur kerana AES.. Korang bayangkan semua kenderaan pandu perlahan di jalanraya termasuklah Kereta Menteri, Timbalan Menteri, Raja, Para Kenamaan, Ambulan, Kereta Peronda dan penguatkuasa, dan juga yang sewaktu dengannya.. Tak ke aman jalanraya di negara kita beb..?

      7 – AES juga dapat memupuk semangat menabung dikalangan rakyat.. So lepas ni, sapa yang nak memandu kereta, dorang mesti berjimat cermat untuk bayar saman yang dikeluarkan..

      8 – AES ni dapat meringankan beban subsidi yang ditanggung oleh kerajaan.. Lagi banyak duit yang dikutip menerusi AES, lagi mahsyukk la duit di perbendaharaan negara beb… Bukan ke ini baik untuk pertumbuhan ekonomi negara?

      9 – Sistem baru ni jugak akan mengeratkan silaturahim diantara pemandu kenderaan.. Korang fikir ye.., bila musim perayaan, semua pemandu akan berpeluang bersembang antara satu sama lain kerana jalan jem teruk akibat semua bawak slow takut kena saman..

      10 – AES sekarang ni membuatkan kerajaan jadi sangat popular sebab semua rakyat tengah ‘memuji-muji’ sistem tersebut.. Tak kira dikedai kopi, di surau, di pasar, di rumah kenduri, di stesyen teksi, ataupun di dalam Parlimen sekalipun, AES tetap jadi tajuk utama.. Popular lah tu beb…

      Delete

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.