Mohon klik iklan 1X yer

18 October 2012

Kerajaan Pakatan wajah baru untuk Malaysia

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyifatkan pencapaian kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang mendapat penarafan yang baik dan memuaskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011, sebagai satu pengiktirafan bahawa pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat adalah ‘wajah baru untuk Malaysia’.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata nilai keadilan sosial dan kebajikan rakyat menjadi keutamaan dalam urustadbir kewangan negara dan negeri.
Dengan laporan audit itu, tambahnya, rakyat sewajarnya dapat menilai kemampuan dan kompetensi serta akauntabiliti yang dimiliki oleh Pakatan.
Nik Abduh turut memuji kejayaan agensi kerajaan negeri Kelantan apabila 10 agensi kerajaan negeri menerima penarafan audit ‘Sangat Baik’ (4 Bintang), 10 agensi dengan penarafan ‘Baik (3 Bintang), dan satu agensi mendapat penarafan ‘Memuaskan’ (2 Bintang), tanpa ada satu agensi pun yang diberi penarafan ‘Tidak Memuaskan’.

"Prestasi yang sama turut direkodkan oleh keseluruhan agensi kerajaan negeri Kedah, Selangor dan Pulau Pinang apabila tiada satu pun agensi negeri berkenaan yang mendapat penaragan ‘Tidak Memuaskan’ di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011," kata Nik Abduh dalam satu kenyataan.

Beliau turut menyifatkan, kebajikan rakyat pasti lebih terbela apabila amanah menguruskan khazanah kewangan negara dan negeri dipikulkan ke bahu pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat yang telah diakui ketelusannnya sebagai ‘wajah baru negara Malaysia’, berbanding "wajah syaitan-syaitan yang dikenali".

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.