Mohon klik iklan 1X yer

2 October 2012

Kedah ada 200,000 pengundi baru?

Umno Kedah sedang berusaha mendaftarkan kira-kira 200,000 orang yang layak mengundi tetapi belum mendaftar  sebagai pemilih walaupun menyedari pilihan raya umum ke-13 semakin hampir. 
  
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata gerakan mendaftar pengundi baru dijalankan setiap hari.
  
"Arahan telah dikeluarkan kepada setiap Umno Bahagian supaya membuka kaunter pendaftaran pemilih pada setiap hari bekerja mulai bulan lepas manakala di Ibu pejabat Umno Kedah di Bangunan Tunku  telah lama diadakan.
"Umno sentiasa mencari mekanisme bagi memudahkan pendaftaran pengundi antaranya mengarahkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) mencari dan mendaftar mereka yang layak di kampung masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri di Alor Setar semalam.
   
Ahmad Bashah berkata sehingga Ogos lepas jumlah pengundi berdaftar di Kedah ialah 1.025 juta orang berbanding 873,000 orang pada PRU 2008.
  
Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) Kedah mendaftarkan seramai 68,000 pengundi dari 2008 sehingga Ogos lepas, katanya.

-  Bernama

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.