Mohon klik iklan 1X yer

16 October 2012

Cara Kristian berdakyah di Malaysia

Beberapa hari lepas. heboh dan kecoh di pelbagai media UBN, kononnya DAP Sarawak mengadakan upacara berdoa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. 

Gua tak kisah  dan gua tak rasa pelik pun. Tarak hal semua tu. Dan gua sendiri pun percaya perkara itu mungkin berlaku. Kalau tidak berlaku dalam bentuk kumpulan, mungkin dalam doa setiap individu penganut agama tersebut.

Siapa pernah solat di masjid Kucing. Kira jumlah berapa ramai jemaah yang hadir pada setiap waktu. Bergerak ke serata ceruk Sarawak, berapa tempat yang boleh didengari azan pada setiap waktu solat. Bagaimana perkembangan dan amalan Islam di Sarawak agaknya. 

Gua heran ialah terhadap UMNO dan pemimpin negara. Bising sana sini tentang perkara tersebut. Namun, selama ini apa yang UMNO telah lakukan untuk perkembangan Islam. Adakah mereka pernah berdoa untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara umat Islam. Apakah tidak ada usaha untuk mendaulatkan Islam. Apakah UBN tidak pernah bercita-cita untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam.

Kalau khuatirkan tentang proses kristianisasi, apa gunanya pendakwah-pendakwah yang dilantik. Cukupkah? Kalau masih kekurangan, kenapa tak tambah lagi. Kenapa tidak meramaikan lagi guru-guru takmir untuk mengajar di surau dan masjid diserata ceruk Negara. Meriahkanlah setiap rumah Allah dengan majlis-majlis Ilmu. Bukannya menggunakan ahli jawatankuasa yang dilantik menghalang para da’i dari memberikan kuliah dan membentang kitab untuk menambah ilmu orang Islam. 

Ada masjid yang mempunyai kewangan yang begitu kukuh menghalang kuliah, tetapi ahli jawatan kuasanya sibuk menghiaskan masjid dengan sebegitu indah rupa. Mengecat masjid dengan pelbagai warna dan menambah lampu yang supaya nampak bergemerlapan.  Kalau di waktu senja dan malam, dipandang dari jauh nampak seperti rumah ibadat non muslim. Aktiviti agama diadakan sekali sekala, itu pun jamuan pengisi perut yang diutamakan.

Bila membaca media cetak berbahasa melayu seperti majalah hiburan dan akhbar Melayu, adakah majoriti kandungannya  menjurus ke arah mendidik rakyat memahami Islam. Atau mendidik rakyat mengamalkan norma-norma yang di larang oleh agama. Seperti majalah Mangga yang difatwakan haram oleh majlis fatwa negeri Kedah.

Tonton pula media tv, berapa peratus siaran bercorak Islam. Atau lebih banyak siaran yang disiar berbudaya dan bercirikan Kristian.

Kita impot drama dari Indonesia, plot ceritanya tentang busuk hati, jatuh menjatuh, berebut harta dan saling membunuh. Begitu juga cerita dari Filipina, Korea,  Amerika latin dan lain-lain. Bagaimana rupa pakaian dan cara hidup di dalam drama tersebut. Adakah ia membantu membentuk sahsiah dan budaya yang baik untuk masyarakat Malaysia.

Sesungguhnya, secara halus drama-drama ini telah membawa masyarakat semakin jauh dari agama Islam. Dan natijahnya, secara halus budaya kristian dan kafiirun telah diserapkan ke dalam kehidupan harian orang Melayu.

Jangan salahkan DAP, pemerintah UBN seharusnya fikir apa yang sedang berlaku sekarang dan apa akan terjadi pada jenerasi yang akan datang. Adakah kerajaan UBN mahu mendaulatkan Islam atau sedang berebut habuan dunia mengumpul harta. Kuasa membentuk negara masa ini di tangan kamu wahai pemimpin UBN. Kamu pemerintah. Jangan salahkan pihak lain apa yang berlaku dan akan terus berlaku.

**UMNO ada anjurkan majlis doa tak. Ada, selalu pun tersiar di media elektronik. Sebelum memulakan upacara sukan, upacara sambutan kemerdekaan dan seumpamanya. Ditempat gua, sebelum memulakan pertandingan karaoke, pak Imam juga disuruh membaca berdoa. Hebat sungguh meno nih.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.