Mohon klik iklan 1X yer

28 October 2012

Dato Tajuddin guna Pekida di Pasir Salak?

Berita bahawa dato’ Tajuddin Abdul Rahman bukan lagi merupakan calun pilihan utama untuk pilihanraya ke 13 bukan lagi rahsia,  menyebabkan beliau tidak lena dan tidak berdiam diri. Berdiam diri berarti bakal kecundang. Dato Tajuddin  telah menyusun strateginya bagi mengukuhkan sokongan agar beliau tetap menjadi calon dalam PRU 13. Zainol Fadzi tidak harus diberikan peluang menjadi YB. Boleh baca di yong suka kuning dan di muslimeen united.
Umumnya orang pengundi Parlimen Pasir Salak mengetahui bahawa DatoTajuddin  Abdul Rahman merupakan penaung kepada PEKIDA Daerah Kampung Gajah. Kelebihan ini telah cuba digunakan untuk menguatkan kedudukan politiknya.  Zainol Fadzi harus dihalang dari menjadi calon.

Justru itu, pada 19 Oktober 2012 baru-baru ini telah diadakan program Malam Jalinan Mesra Pekida Kg. Gajah di simpang tiga Ulu Dedap. Diadakanlah majlis secara besar-besaran. Disembelih lembu, ditanak nasi dan dijemput seberapa ramai  ahli pekida dan juga ayahanda-ayahanda pekida dalam negeri Perak untuk turut bertamu.

Secara tidak langsung Dato Tajuddin Abdul Rahman mungkin ingin menunjukkan kepada pimpinan umno bahawa beliau sebenarnya mempunyai ramai pendokong dan penyokong. Maksudnya, PEKIDA cuba diperalatkan sebagai menyokong beliau.
Dato Tajuddin Abdul Rahman sendiri tahu, bahawa pekida tidak bertunjang kepada mana-mana parti politik. Perjuangan pekida merentasi politik. Politik kepada ahli pekida hanyalah merupakan pilihan individu, bukannya perjuangan organisasi yang boleh ditunggangi oleh seperti di zaman Dato Dr. Hj. Mohd Fuad dimana akhirnya ia telah merosakkan organisasi PEKIDA di peringkat Induk. Pihak-pihak yang berkepentingan akhirnya melarikan diri setelah mendapat apa yang dikecapi.

Akhirnya, tinggallah Haji Jamaluddin Yusof yg masih gigih dengan perjuangandan berjaya mengukuhkan kembali pekida. Dan kepada Haji Jamaluddin Yusof, berhati-hatilah kepada pihak yang berkepentingan. Akhirnya akan berlakulah, habis madu sepah dibuang. 

Oleh itu sekali lagi dimaklumkan kepada Dato Tajuddin Abdul Rahman, ahli PEKIDA bebas memilih dan mengundi sesiapa saja dalam pilihan raya.

12 comments:

  1. Salam Rojak Pasembor

    Betul tu. Pekida tidak berpaksikan mana2 parti politik. Ahli Pekida juga manusia biasa yang ada perasaan dan ramai yang marah pada bintang porno pujaan ameno. Demer juga marah pada AES. Kita tengok nanti siapa yang akan disokong Pekida.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejarah yg lalu menunjukkan Pekida pernah ditunggangi oleh manusia yg berkepentingan duniawi. Setelah tercapai apa yg dihajati, mereka cabut lari.

      Delete
  2. abg long tempat gua sah-sah sokong pakatan. wakaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaaa.. pada yg benar2 memahami perjuangan Pekida, insyaallah, adik beradik, abang dan ayahanda mengundi PAS.

      Delete
  3. masalahnya pekida masih gagal dibersihkan daripada kehadiran ahli-ahli yang menyeleweng. pemutihan pekida sebenarnya gagal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga seperti segelintir ahli PAS. Mengaku PAS tetapi perangai dan tindakan serupa UMNO jugak.

      Delete
  4. dalam islam tiada perkauman ,apa cerita pekida ;) ABU !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu teman tiada perkauman dalam Pekida, melainkan Pekida celup dan Pekida jadi jadian.

      Delete
  5. terang2 anti kaum lain cmna kata x perkaumana plak? confuse

    KLIK makan atas angin, agenda yang melemahkan bangsa sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teman pernah kumpa seorang berbangsa chunese, tokey club karaoke yg mengaku dirinya juga agli Pekida. 1 Malaysia. Waktu bersalam rasa nak tercabut jari teman diramasnya.
      Tu ar... Malaysia boleh mengaku jer.

      Delete
  6. hanya jauhari yang mengenal ma'nikam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teman setuju.
      Hanya minachi yang kenal maniam.

      Delete

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.