Mula-mula buat filem 18SX Malaysia.
Kemudian lepas dan diluluskan semakin berani untuk buat file 18SXX
Malaysia pula. Tak cukup dengan itu, akan keluar pula 18SXXX
dan……….Semuanya buatan Malaysia.
Yang
kita di sini, termasuk pihak yang berkuasa dan para mufti. Adakah kita
mahu terus menunggu dan menunggu sehingga parah barulah, mahu “melatah”?
“Cegahlah sebelum parah”
Dan
disebabkan mahu “menghalalkan” dengan sendiri apa yang cuba dilakukan,
maka ada yang tergamak memberikan kenyataan semata-mata mahu
mempertahankan tindakannya.
Seperti filem di bawah ini, disebabkan mahu “melariskan” filemnya, sanggup menggunakan agama. Sedar atau tidak ini juga salah satu bentuk penghinaan terhadap Rasullulah S.A.W.
Bukan Filem 18SX Malaysia, Tetapi Kisah Cinta Suami Isteri Berlandaskan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
MELIHAT babak-babak mesra antara Nora Danish dan Rusdi Ramli dalam filem Mencari Cinta, tentunya ramai melabel ia filem lucah dan menjual elemen ranjang untuk menarik penonton.
Apatah lagi sebagai filem sulung arahan pengarah drama, Shirin Khuzaimi dan juga filem pertama terbitan Armnet Integrated Sdn Bhd, elemen kontroversi seperti ini diharapkan untuk memancing penonton ke panggung.
Bagaimanapun, Shirin yang pernah mengarah drama bersiri popular Ariana Mikhail, menegaskan karya sulungnya itu bukan filem lucah malah mengatakan tiada aksi ranjang. Apa yang dipaparkan katanya, adalah kisah cinta suami isteri berlandaskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Katanya, Mencari Cinta menunjukkan cara bagaimana sepasang suami isteri bersama di bilik tidur mengikut sunnah Nabi dan tidak sangka ia menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.
“Mereka tidak seharusnya melihat karya saya ini pada satu sudut saja sebaliknya tonton dulu filem ini sebelum memberi sebarang pandangan. Apa yang saya paparkan dalam filem ini adalah kisah cinta suami isteri berlandaskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
“Saya
juga terlebih dulu menapis beberapa babak yang dirasakan keterlaluan
untuk mengelakkan ada babak kurang manis seperti suami isteri bercumbu
kerana sedar ia pasti akan menimbulkan kontroversi.
“Terus-terang saya katakan, idea menghasilkan filem ini menerusi sunnah Nabi yang mana menyatakan bahawa bersikap romantis dan membahagiakan pasangan dengan belaian mampu mengikat kasih. Lebih penting, apa yang mahu disampaikan menerusi Mencari Cinta adalah suami harus melayan isteri.
Jalan
cerita filem dikatakan mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Yang adegan
peluk-peluk di khalayak ramai dengan bukan muhrim, ikut mana pula?
“Sunnah Nabi katanya. Yang sah sah haram tidak menutup aurat dalam filem “kebanggaan” anda, macam mana pula ya?”
Walaupun mengambil suami isteri berlakon pun tidak boleh dipertontonkan kepada umum. Erm…benda asas begini pun tidak boleh difikirkan halal haramnya.
Jika benarlah filem ini mahu menekankan hal-hal keagamaan sangat, kenapa tidak buatkan :Seorang yang bukan muhrim bersentuhan di atas katil, berpelukan. Walaupun berlakon hukumnya tetap HARAM. Di mana pengarah ini, semasa sesi sekolah agama ketika beliau kecil dahulu?
- Si isteri mestilah menutup aurat dalam filem ini
- Dan seluruh jalan cerita ini mengikut syarikat dan mengambarkan syariat Islam yang sebenar
- Bab ranjang pula yang lebih digemari dan mengatakannya ianya mengikut sunnah Nabi. Malangnya, yang wajib itu “dipejamkan matanya”
Sedihnya kami melihat apa yang berlaku hari ini, melihat saudara seislam mengungkapkan ayat seperti ini.
Nabi
mengajak umatnya menutup aurat. Jaga hubungan sesama islam. Jaga batas
pergaulan. Tidak boleh sesekali bersentuhan lelaki perempuan bukan
muhrim. Itu baru ajaran islam yang di bawa oleh Nab Muhammad SAW. Sebab ada orang-orang macam inilah Islam selalu ditindas, dihina.
P/S
: Mufti tidak “berminat” berikan ulasan? Tokoh-tokoh agama? Mufti dan
tokoh agama perlu menegur, jangan pandai-pandai jatuhkan hukum ikut
sunnah Nabi. Belajar dulu, tuntut ilmu dahulu barulah bertindak.
PP/S
: Jikalau kelulusan filem mahupun drama semakin dipermudahkan dan
diambil ringan sehingga “terlepas” banyak filem-filem sampah di pawagam,
jangan kita “berteriak” soal mahu membendung gejala sosial dan keruntuhan akhlak.
Sumber - Berita semasa
HAHAHA. NAMA PUN PELEM MELAYU.. BUAT PELEM MANA ADA PIKIR2
ReplyDeleteFilm kita kebanyakkannya tiada hala tuju yg membina.
Deletesunah nabi ka nak punah ...alahai mesia kita ;)
ReplyDeleteSunnah sudah dipermainkan.
DeleteJahil tukil punya orang, mcm ni la. Berubah la wei artis . Letih dah to' guru nasihat ...mari joint usrah pulok. Baiki fikrah kita.mintak share bos ....menarik ni...
ReplyDeletehahah.. amek jer.. teman pun dapat dari berita sensasi.
Deletesalam,
ReplyDeletemmg jahanam >0<
KLIK keboleh-pasaran graduan harus menjangkau sempadan geografi
assalamualaikum yoep,
ReplyDeleteInilah kelompok yang memusnahkan bangsa Melayu dan Islam.
Musoh Islam bergerak dari semua arah, samada nyata atau tidak
bagi menghancurkan Islam. Tidak ada filem Melayu yang membimbing
kearah kebaikan. Kisah yang selalu ditonjolkan adalah anak yang menderhaka, isteri derhaka, suami curang, hasad dengki dll. Kebanyakan ini akan mempengaruhi penonton tanpa disedari. Sebelum ada tv, hanya panggung wayang yang menjadi tempat dakyah yahudi dan nasrani. Tapi alim ulama dan para ustaz takkan nak pergi. Maka dicipta tv. Jadi tak kira rumah siapa, samaada imam ulama, mufti dan siapa saja, kelompok yahudi dan nasrani bebas masuk berdakwah kedalam rumah kita tanpa kita sedari...
Memang Sunnah nabi.. tapi melakonkan watak tu yg tak bagus, pegang sana sini, bukan muhrim.. suami isteri berlakon pun tak boleh ditunjukkan khalayak ramai jugak..
ReplyDelete