Dalam perlembagaan Malaysia, Bahasa
Melayu/Bahasa Malaysia diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara. Ini
bermakna segala surat menyurat dan bahasa penghantar adalah dalam bahasa
melayu. Tetapi apa yang dapat dilihat sekarang, seolah-olah Bahasa
Melayu telah jatuh menjadi bahasa kedua di belakang Bahasa Inggeris.
Terdapat segelintir rakyat Malaysia
menganggap bahasa Melayu ni takde standad sebab banyak menyerapkan
perkataan-perkataan dari bahasa lain dan dijadikan bahasa Malaysia. Pendapat gua, asalkan sesuatu perkataan
itu sudah diikitiraf untuk bahasa Melayu, kita terima dan guna sahaja.
Terfikir dalam otak gua, mereka ini orang Malaysia atau orang yang menyusup masuk ke Malaysia. Adalah tidak logik jika ada rakyat Malaysia dari kaum bukan Melayu yang tidak boleh berbahasa Malaysia kerana ianya diajar disemua sekolah di Malaysia. Lagi tidak logik selepas 55 tahun merdeka ada orang muda dari kaum bukan Melayu yang tidak boleh berbahasa Malaysia berbanding yang sudah berumur. Di mana silapnya.
Bahasa Melayu adalah lingua franca, paling senang nak belajar. Orang Banggla, Myanmar, Vietnam dan Kemboja yang datang bekerja di Malaysia, seminggu sudah boleh berbahasa Malaysia walau pun sedikit tunggang langgang. Kenapa ada rakyat yang lahir di negara ini tidak fasih berbahasa Malaysia?
Secara realitinya, dalam konteks perundangan dan perlembagaan, bahasa
Melayu telah kukuh dek kerana Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Secara tersiratnya, bahasa Malaysia seolah-olah hilang upaya untuk
bersaing sebagai bahasa ilmu yang terkemuka di dunia. Banyak faktor yang
dikesani menjadi penyebab utama akan hal ini.
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.